SYARAT-SYARAT PENANAMAN POKOK SEBAGAI YURAN KEAHLIAN ECONINJA.MY (Edisi 2021)

TERMA DAN SYARAT TANAMAN

  1. Anda menanam 4 ANAK POKOK tumbuhan saka iaitu tumbuhan yang berkayu dan mampu tumbuh membesar. Diantara contoh-contoh anak pokok yang boleh ditanam ialah seperti:
    • Pokok buah-buahan yang berkayu seperti pokok mangga, rambutan, pokok manggis, pokok durian, pokok kundang, petai dan lain-lain
    • Pokok-pokok hutan berkayu seperti pokok sena, cengal, meranti, kempas, jelutong, merbau dan lain-lain.
  2. Benih semaian tidak diambil kira kerana belum terbukti kemenjadianya. Hanya anak pokok sahaja yang dibolehkan untuk digunakan untuk dijadikan tanaman.
  3. Anda boleh dapatkan anak-anak pokok ini dari pengusaha-pengusaha tanaman atau boleh didapati secara percuma di beberapa kawasan.
  4. Anda bebas memilih untuk menanam anak pokok tersebut di kawasan yang sesuai.

APLIKASI GEOTREES

  1. Muat turun aplikasi GeoTrees dari App Store atau Play Store. Kemudian bina profil anda di dalam aplikasi tersebut. Panduan untuk muat-turun dan mencipta profil boleh didapati di pautan berikut: https://bit.ly/GeoTreesChannel
  2. Namakan setiap anak pokok yang anda tanam dengan Kod QR yang dijana melalui aplikasi GeoTrees. Anda hendaklah menamakan anak pokok anak seperti berikut:
  1. Anda akan mendapat 4 unit kod QR untuk dilekat, digantung atau diikat pada anak pokok tersebut. Pastikan kod QR itu selamat dari tindakbalas iklim dengan liminating kertas tersebut atau dicetak diatas permukaan seperti plastik atau kayu (terpulang kepada kreativiti anda).
  1. Sila kemaskini profil anak pokok yang telah anda tanam di dalam aplikasi tersebut,
  2. Kemudian hantarkan butiran Tree ID anda kepada kami di https://bit.ly/YuranPokok